欢迎SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SJK(C) LIN KHAY................................................................................ILMU ITU PELITA HIDUP....................................................................................SEBARANG CADANGAN ATAU PERTANYAAN BOLEH EMAILKAN KE sclinkhay.ppdkmy@gmail.com..................................................................... Terima kasih kerana sudi melawati laman ini,sila datang lagi.........................................................Notis Hak Cipta Terpelihara © 2016 .

Wednesday 21 October 2015

Aktiviti Bulan 10.



Pengumuman!.

Sekolah Ditutup Sehari iaitu pada hari Rabu 21.10.15,kerana Jerebu.Sebarang pertanyaan boleh menghubungi sekolah.Harap maklum.

LDP SEKOLAH MINGGU INI.(18.10.2015 - 22.10.15)

Mesyuarat Panitia Dan Kursus Dalaman.
Bermula hari Ahad hingga hari Khamis.Masa bermula 1.45PM- 4.00PM.Bertempat di Pusat Sumber Sekolah.
Perkara yng dibincangkan adalah:
  1. HRMIS DAN FROG VLE
  2. BAHASA CINA/SEJARAH
  3. BAHASA MALAYSIA,BAHASA INGERIS.MATEMATIK,SAINS
  4. PJ/PK/RBT/TMK.




Wednesday 2 September 2015

PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN KE 58 国庆日游行


              30.08.2015 -   全校师生,家教协会理事们及部分家长参与  1.5 公里的国庆日游行。

         30.08.2015 - Semua warga sekolah dan AJK PIBG serta
                               sebahagian ibu bapa turut menyertai 
                               Perarakan Hari Kebangsaan di sekitar Bandar 
                               Seri Astana. 

UPSR



               预祝2015年UPSR 考生成功达到你们的目标,
       加油!
                      
                SELAMAT MAJU JAYA KEPADA
            MURID-MURID TAHUN 6 
           DALAM PEPERIKSAAN UPSR.

Monday 13 July 2015

SELAMAT HARI RAYA IKHLAS DARIPADA STAF SJK(C)LIN KHAY

Pengumuman :Sekolah akan bercuti dari 16.07.15(khamis) sehingga 21.07.15(selasa).Sekolah akan dibuka semula pada 22.07.15(Rabu).

Thursday 2 July 2015

Jadual Peperiksaan Kali Kedua Tahun 2015

Untuk maklumat semua waris, jadual waktu peperiksaan sudah pun diedarkan kepada semua murid-murid.Peperiksaan akan bermula pada 06.07.2015 pada hari isnin sehingga 08.07.15 pada hari rabu.Sekian terima kasih.

Wednesday 1 July 2015

Toropong Bulan dan Bintang.

Tarikh               :02.07.15
Bertempat         :SJK(C)LIN KHAY
Masa                 :7.00pm-10pm
Terbuka kepada orang ramai.

Thursday 4 June 2015

KELAS TAMBAHAN TAHUN 6

Bertempat di perpustakaan sekolah bermula dari 31.05.2015 sehingga 04.06.2015.









Thursday 9 April 2015

Program Kesedaran Alam sekitar

Tujuan Program 
  • Memberi pendedahan aktiviti luar yang berkaitan dengan alam sekitar, alam semulajadi dan sumber asli kepada murid-murid
  • Memberi peluang kepada murid-murid  untuk melibatkan diri secara langsung dan memberi sumbangan secara praktikal dalam aktiviti yang berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar;
  • Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
  • Membuat sebaran dan hebahan maklumat mengenai aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar




Wednesday 1 April 2015

Program tentang Minum Susu Kotak dan Kitar Semula Kotak Susu

tarikh : 1 APRIL 2015
Masa : 11 T/hari
Tempat : Dewan Terbuka
Anjuran : Tetrapak Malaysia & Unit HEM SJK (C) LIN KHAY
Aktiviti :
1.Ceramah kitar semula
2.Kuiz

Sebelum Minum

1.Baca tarikh luput pada label kotak susu - jangan minum kalau gelembung, kemek atau bocor
2.Hiduuu... - jangan minum kalau terdapat bau tidak enak, masam atau busuk
3.rasaaa.....- jangan minum kalau ada rasa masam atau basi
 
Ketika hendak minum dan sedang minum 
1.Goncang kotak sebelum minum
2.Keluarkan penyedut minuman daripada plastik dengan menarik hujung plastik
3.Jangan meniup penyedut minuman ketika minum
4.Jangan keluarkan atau memasukkan penyedut ketika minum
5.Minum sampai habis ketika susu kotak dibuka.




Sunday 29 March 2015

PROGRAM AKU JANJI MURID-MURID BERSAMA IBU BAPA SJK (C) LIN KHAY

 Antara pengisian program seperti taklimat keibubapaan yang disampaikan sendiri oleh Puan Nai Leng Leng Guru Besar SJKC  Lin Khay , Majlis menandatangani ikrar dan aku janji murid-murid bersama ibubapa/penjaga. Tahniah dan syabas kepada warga SJKC Lin Khay kerjasama yang mantap bersama PiBG sekolah dalam menjayakan program.









Thursday 26 March 2015

LATIHAN KEBAKARAN


Sekolah SJK(C) lin khay telah mengadakan latihan kebakaran pada hari khamis pada pukul 11.00am.Objektif latihan kebakaran ini diadakan adalah sepeti berikut:


Objektif :
1. Murid dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran .
2. Murid dapat berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan kebakaran.
3. Murid dapat mengikuti laluan untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran
Prosedur:
Aktiviti :
1. Guru membunyikan loceng amaran kebakaran
2. Murid keluar dari kelas masing-masing secara teratur tetapi pantas mengikut laluan yang telah ditetapkan.
3. Murid berkumpul di luar bangunan sekolah, iaitu di depan sekolah.
4. Guru menerangkan tujuan latihan kabakaran kepada murid.
5. Murid balik ke kelas masing-masing.