欢迎SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SJK(C) LIN KHAY................................................................................ILMU ITU PELITA HIDUP....................................................................................SEBARANG CADANGAN ATAU PERTANYAAN BOLEH EMAILKAN KE sclinkhay.ppdkmy@gmail.com..................................................................... Terima kasih kerana sudi melawati laman ini,sila datang lagi.........................................................Notis Hak Cipta Terpelihara © 2016 .

Wednesday 23 March 2016

NASIHAT DAN KEWASPADAAN DALAM MENGHADAPI CUACA PANAS DAN KERING

 Seperti yang umum sedia maklum bahawa beberapa negeri sedang berhadapan dengan fenomena cuaca panas dan kering yang mana ianya dijangka akan turut dirasai di seluruh Negara. Keadaan semasa ini adalah disebabkan oleh fenoma lautan yang disebut sebagai El Nino. Menurut kenyataan media Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), menerusi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau bertarikh 8 Januari 2016, bahawa fenomena El Nino ini akan berlanjutan sehingga suku pertama tahun 2016 ini. Juga, pengurangan jumlah hujan (antara 20% – 60%) serta pertambahan suhu (sekitar 0.5°C hingga 2.0°C berbanding biasa) dijangkakan akan berlaku.
    Tanda dan gejala Penyakit Bawaan Haba (Signs and symptoms of Heat Illness)
  1. Merasa kepala ringan, pening kepala (Light headedness, dizziness)
  2. Mual (Nausea)
  3. Kelihatan kelesuan yang jelas (Obvious fatigue)
  4. Badan berhenti mengeluarkan peluh (Cessation of sweating)
  5. Kehilangan kebolehan skill dan kordinasi/ kekalutan atau pon hilang keseimbangan badan yang jelas (Obvious loss of skill and coordination/ clumsiness or unsteadiness)
  6. Kekeliruan (Confusion)
  7. Bertindak agresif atau pon menunjukkan perangai yang tidak rasional (Aggressive or irrational behaviour)
  8. Tahap kesedaran berubah (Altered consciousness)
  9. Jatuh pengsan (Collapse)
  10. Warna kulit bertukar menjadi kelabu-keputihan (Ashen grey pale skin)
Apa yang perlu dilakukan? (What to do?)
  1. Baringkan/ rehatkan individu terbabit di persekitaran yang nyaman (Lay the person down in a cool place)
  2. Meninggikan kedua-dua kaki dan pelvis untuk melancarkan tekanan darah (Raise the legs and pelvis to improve blood pressure)
  3. Melonggarkan/ menanggalkan lebihan pakaian (Remove excess clothing)
  4. Membasahkan kulit and pengipaskan badan (Wet skin liberally and vigorous fanning)
  5. Meletakkan ais di kawasan tengkok, celahan ketiak dan paha (Apply ice packs to groin, armpits and neck)
  6. Memberikan air minuman sekiranya sedar (Give cool water if conscious)
Walaubagaimanapun, selepas mengambil langkah-langkah seperti di atas, jika individu berkenaan masih kelihatan sakit, kekeliruan (confusion), muntah-muntah (vomiting) atau menunjukkan perubahan pada tahap kesedarannya (altered consciousness), bantuan perubatan haruslah diperolehi dengan kadar segera (seek medical help immediately).